Buku - Saya Imam, Awak Makmum.

Ikatan perkahwinan itu tujuannya untuk menyatukan kehidupan agar lelaki dan perempuan memperolehi kesempurnaan hidup dan membina rumah tangga bahagia bersama anak-anak. Suami jadi ketua dan menjaga rumah tangga. Isteri menjadi pembantu untuk menguruskan rumah tangga. Sementara anak-anak menjadi perhiasan yang akan menyerikan pembinaan rumah tangga yang indah dan bahagia.


"Mereka ini sepatutnya saling bekerjasama."


Tetapi kebanyakkan rumah tangga di dunia kini, suami isteri tidak boleh berbaik-baik. Sering selisih faham, berkrisis yang berpecah belah. Pelbagai fahaman yang suami dan isteri masing-masing pegang yang akhirnya membuatkan mereka ini menjauh fizikal dan hati. 

Mereka tidak mampu untuk bersefahaman, bertolak ansur, hormat-menghormati dan mengekalkan kasih sayang. Kegilaan pada dunia dan harta benda, serta sikap individualistik telah memutuskan kasih dan rasa kemanusiaan sesama manusia sekali pun mereka itu suami dan isteri.

Mereka tinggal serumah tapi tidak sehaluan. Masing-masing memaksa diri untuk menjalankan tanggungjawabnya. Isteri terpaksa berlakon-lakon taat, suami memaksa-maksa diri memikul beban keluarga. Bertemu terasa satu penyeksaan. Salah yang kecil jadi masalah besar. 


"Bergaduh sahaja. Pantang ada benda tak kena, melentinglah keduanya. Lebih teruk kadang-kadang sampai pukul-memukul dan lebih ngeri sampai berbunuhan." 




Masing-masing berfikir untuk bercerai tapi terhalang oleh anak-anak atau tidak mampu membayar nilai perpisahan yang cukup mahal kerana terkait soal harta sepencarian atau demi memiliki harta perceraian. Bercerai nanti jadi miskin pula.

Demikian lah rosaknya hidup manusia sekarang ini. Daripada 10 rumah tangga mungkin cuma hanya 1 yang elok. Selebihnya terseksa, menanti belah yang memisahkan mereka.




Maka kami di The Solusi setiap hari menulis dan bercakap tentang rumah tangga ini demi menjadi ruang buat kami menyuburkan semula kasih sayang dalam hidup kita semua. Terbaru ini kami hadir dengan sebuah buku yang mengumpulkan banyak kisah sebenar sebuah rumah tangga.

Buku ini akan membawa kita berperasaan ke arah  mewujudkan semula cinta dan rindu pada diri kita semua. Tak kiralah kita baru nak kahwin, baru berumah tangga, atau telah berpuluh tahun dalam arena rumah tangga. Kami cuba membawa mesej yang sama, suami dan isteri itu adalah ketua dan pembantu yang saling perlu memerlukan. 


"Mereka mesti kekal bersama, selamanya."


Justeru itu yang diketengahkan dalam ebook ini bukanlah andaian, falsafah atau cerita rekaan sebaliknya merupakan perkara yang telah penulis sendiri hadapi dalam rumah tangga mereka. Atau juga daripada kisah rumah tangga yang sebenar yang mereka dapat daripada kehidupan harian mereka sebagai penasihat sokongan rumah tangga. 


Firdaus Mokhtar | Syafiq Ridhwan | Abu Hurairah


Firdaus Mokhtar dan Abu Hurairah adalah selebriti daripada kumpulan nasyid IF-ONE. Menjadi jemputan untuk banyak program berformat islami di TV Al-Hijrah, Astro dan juga RTM. Selain mereka juga sering diwawancara di stesen radio untuk pandangan mereka tentang isu rumah tangga. 

Mereka adalah pengasas kepada page FB The Solusi. Sebuah page yang mengumpulan solusi kepada banyaknya persoalan yang timbul daripada rumah tangga. 

Syafiq Ridhwan pula merupakan seorang penulis blog yang kemudiannya berpindah ke penulisan FB. Penulisan beliau memang berkisar topik perhubungan, cinta dan cara untuk move on. Rata-rata peminat penulisan beliau adalah mereka yang pernah kecewa dalam perhubungan dan mencari jalan untuk mengenal semula diri yang telah hilang.

Mereka bertiga bermula dengan menulis di Facebook peribadi. Penulisan viral mereka sering muncul di banyak page terkemuka seperti Mingguan Wanita, PA&MA, Keluarga, Kashoorga, The Asian Parent, Siakap Keli dan banyak lagi.




Dapatkan buku ini sekarang. Demi mencipta syurga di dunia dalam rumah tangga kita semua.

Fitrah kita sangat perlukan kasih sayang, maka kalian boleh dapatkan sedikit ilmunya dalam buku ini. 


"Beli buku ini sekarang ya!"



Tempah sekarang!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Buku Saya Imam, Awak Makmum - RM49
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN