Pendaftaran Sesi Sokongan Nasihat Rumahtangga

Rumahtangga hari ini penuh dengan ujian dan dugaan. Itulah resam dan adat dalam rumahtangga. Rumahtangga mana yang tidak diuji, pasti akan ada turun naiknya.
Maka dalam keadaan yang sangat menekan, kadang kita rasa buntu. Tak jumpa jalan dan panduan. Kita cuma perlukan sedikit petunjuk untuk kita mula berfikir secara normal. Maka kita perlukan kawan untuk berbicara.
Nak luah di media social, tak kena. Habis semua orang tahu cerita rumahtangga kita. Nak bertanya ke kawan-kawan, risau juga mereka bercakap belakang dan sebarkan aib rumahtangga kita. Akhirnya kita simpan seorang diri. Menjadi racun yang menebal dan likat pekat dalam diri sendiri. Sampai masa kita kecewa dan meluahkan segalanya dengan penuh emosi yang tak terkawal.
Belum lagi kes depresi dan tekanan mental akibat masalah rumahtangga.
Maka, kami di THE SOLUSI membuka ruang untuk kalian berhubung dengan kami. Menggunakan aplikasi yang kalian juga sering gunakan iaitu WhatsApp.
- Membantu anda lebih rasional bila berhadapan isu rumahtangga sendirian.
- Membantu anda untuk mendapatkan pandangan yang sesuai dengan situasi yang sedang dihadapi.
- Membantu anda mempunyai platform yang betul untuk berkongsi masalah, dan kerahsiaan anda dijaga.
- Membantu anda meringankan beban emosi dengan perkongsian yang boleh menenangkan anda.
- Membantu anda untuk tetap terdorong melakukan kebaikan pada keluarga, terutamanya anak-anak.
- Membantu anda mengawal tekanan dengan baik dengan kemahiran bertindak (coping skills) yang tim THE SOLUSI kongsikan.
- Membantu anda berada pada tahap kesihatan mental yang optimum dan sentiasa dalam tindakan yang baik.
- Membantu anda untuk terus berfikiran positif dan yakin setiap masalah ada jalan penyelesaian apabila kita tenang dan lapang.
PENGALAMAN THE SOLUSI?
BAGAIMANA CARA UNTUK DAPATKAN SESI SOKONGAN NASIHAT RUMAHTANGGA
BERSAMA DENGAN THE SOLUSI?
1. Kalian isi borang pendaftaran.
2. Pilih pakej yang kami sediakan.
3. Buat bayaran dan panel kami akan WhatsApps kalian.
PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN;
1. RM99 UNTUK SLOT SELAMA 5 HARI
2. RM199 UNTUK SLOT SELAMA 2 MINGGU
3. RM199 UNTUK SLOT SESI SOKONGAN PANGGILAN TELEFON SELAMA 1 JAM
(PAKEJ BARU)